Keberkatan Dalam Kehidupan Seharian

Salam hormat buat pengunjung blog sabreehussin dot com. Kalau anda tiba di blog ini pada waktu malam, selamat malam saya ucapkan, dan kalau waktu anda tiba saat ini adalah waktu siang, selamat siang adalah ucapan dari saya untuk anda. Pendek kata, semoga anda sentiasa selamat, tak kira waktu tersebut adalah pagi, petang, siang ataupun malam.
Hari ni, saya nak mengajak anda semua memeriksa sesuatu. Okay.. kalau anda semua mula tertanya-tanya, nak periksa apa, bermakna anda sedang menumpukan perhatian atas apa yang sedang saya tulis. Kalau anda langsung tak terlintas dihati untuk bertanya.. Ha.. mungkin anda tak baca pun. Siapa tau kan..
Macam ni sebenarnya, saya nak mengajak anda, dia, dan semua sekali yang sedang membaca ni untuk membuat semakan dan pemeriksaan amalan yang kita lakukan setiap hari. La.. amalan ke? Ye la.. AMALAN. Amalan tau, bukan benda lain. Nak periksa benda lain pun boleh, tapi untuk saat ni, kita periksa amalan je dulu ye.
Dalam sehari-harian yang kita lalui di dunia ni, pastinya macam-macam kita lakukan, sama ada secara sedar, secara separa sedar, atau secara langsung tak sedar. Sedar ke tak? Ke separuh sedar je ni. Bila kita berada diwaktu pagi, belum tentu kita masih ingat apa yang kita lakukan petang atau malam semalam.. Dan sekiranya kalau kita berada diwaktu malam sekarang ni, pun sama jugak.. belum tentu kita masih ingat setiap apa yang kita lakukan pada waktu pagi tadi.
Macam mana ye boleh jadi macam tu? Apa nyanyuk ke kita ni, sampai kadang-kadang tu cepat bebenor kita lupa ye. Ha.. part nyanyuk ke tak tu, kome jawab la sendiri ye. Kang ada yang terasa payah pulak. Dah tak mau nak baca lagi pulak dah.
Sebagai seorang muslim, setiap amalan yang kita lakukan, kita ada satu tujuan dan prinsip. Tujuan tersebut adalah bagi mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah swt.